Setelah mad’u ditalaqqikan materi ghazwul fikri yang berasal dari luar dalam pengertian musuh-musuh Islam secara umum, kemudian dijelaskan dengan hizbusyeitan --yang merupakan musuh eksternal yang mungkin juga internal-- dalam bentuk tandzim hizb yang akan berhadapan dengan hizbullah. Kedua bahan ini cukup memadai untuk meyadarkan bagaimana musuh-musuh Allah mengajak kita menjauhi Islam. Tetapi selain serangan eksternal, kejatuhan umat Islam juga disebabkan oleh faktor-faktor internal seperti qadhaya ummat dan da’wah. Bahan ini ditalaqqikan agar mendapatkan pemahaman dan penjelasan yang menyeluruh tentang musuh-musuh ekternal dan keadaan internal. Kesadaran yang muncul dari bahan-bahan ini akan membawa mad’u kepada motivasi dan keinginan-keinginan untuk berda’wah, berjihad dan menjalankan da’wah serta tarbiyah. Usaha-usaha ini yang kemudian akan membentuk mad’u dari syakhsiyah Islamiyah (dicapai melalui bahan A – F) menjadi syakhsiyah da’iyah.
Masalah
ummat Islam secara internal hari ini memang cukup memprihatinkan dimana secara
umum di negara-negara Islam banyak muslim yang aqidahnya sudah di kotori oleh
kepercayaan yang bukan Islam, tarbiyah tidak berjalan seperti yang dikehendaki samada
secara formal ataupun informal, tsaqafah
(pengetahuan) di kalangan ummat Islam dirasakan kurang. Da’wah tidak
berjalan sementara yang berjalanpun kurang memberi kesan membentuk generasi
rabbani. Tandzim yang di bawa oleh Islam kurang kemas dan tidak
professional sehingga dapat menjatuhkan imej (persepsi) Islam secara
keseluruhan. Akhlak umat Islam secara keseluruhan ramai yang di pengaruhi oleh
tingkah laku dan budaya barat jahiliyah. Itulah keadaan adalah secara umum.
Hanya sebagian kecil umat Islam yang mempunyai komitmen dengan Islam dan da’wah
serta dapat memelihara keimanannya dengan baik. Jalan keluar menghadapi masalah
ini adalah perlu segera melaksanakan da’wah harakah yang bersifat integral dan
mempunyai cirri-ciri rabbaniyah, minhajiyah dan seimbang.
Setelah
membincangkan muslim yang terkena penyakit, kemudian melihat bagaimana da’wah
Islam yang dijalankan yang juga diliputi pelbagai kelemahan dan kekurangan.
Secara umum da’wah yang kita jalankan oleh umat Islam secara sendirian tidak
melalui jama’ah yang kemudian akan menghasilkan sesuatu yang kurang berkesan.
Da’i ataupun ustadz dan ulama yang berda’wah secara sendirian akan mengalami
kepenatan dari segala perjalan da’wahnya. Secara ringkasnya penyakit infiradiyah ini disebabkan oleh keadaan
ma’nawi dan aktiviti. Keadaan ini perlu diobati dengan da’wah yang menumpukkan
pada amal jama’i. Beberapa cadangan yang diperlukan untuk mengatasi masalah ini
adalah perlu kesadaran yang bersumber dari pengetahuan, berorientasi Islami,
berjiwa rendah hati, menyeluruh, moden, manhaji, dan perubahan secara total.
Kemudian
mad’u dijelaskan pula dengan bagaimana keadaan umat Islam. Pada dasarnya
keadaan muslim, da’wah dan umat Islam sama saja yaitu dalam keadaan sakit
tetapi sakit yang dialaminya agak berbeda sehingga dari segi penyelesaiannya
juga agak berbeda.
Qadhaya
ummat (masalah umat) dibagi dalam beberapa persoalan diantaranya ialah
persoalan yang senantiasa wujud pada diri umat dan persoalan kontemporer yang
muncul mengikut suasana dan keadaan lokal. Persoalan yang senantiasa muncul
adalah masalah kejiwaan manusia itu sendiri misalnya kecenderungan, watak,
syahwat, dan insting. Sedangkan persoalan kontemporer disebabkan oleh pengaruh
penjajahan yang masih membekas, penyakit akibat penjajahan, dan kekuatan yang
menentang.
Masalah
ummat yang kita hadapi saat ini sangatlah berat dan tidak akan mungkin
dihadapai dengan sendirian atau da’wah yang tidak tertata. Masalah yang berat
ini bagaikan penyakit kronis yang susah di sembuhkan dan bahkan berbagai jalan
keluar belum lagi dapat diatasi. Sakit yang diderita ummat Islam dan kejatuhan
yang bertubi-tubi menjadikan ummat Islam setelah da’wah berjalan secara
marhalah dan pasti menuju kejayaan.
Bagaimanapun
masalah ummat dan da’wah ada jalan keluarnya dan jelas obatnya hanya bagaimana
kita sebagai da’i dan aktivis yang sudah berazam dan komitmen dengan Islam dan
da’wah ini bisa berbuat dan beramal secara sungguh-sungguh maksimal dan
manhaji. Islam tidak akan pernah hilang dan penyakit bukan terletak pada Islam
tetapi lebih terletak kepada umat yang membawa Islam. Islam sebagai dien yang
haq dan diridhai Allah SWT telah terbukti kebenarannya tetapi ummat yang
menganutnya tidaklah tahan dan mampu menghadapi tentangan dan tantangan dalam
mempertahankan aqidah dan akhlak Islam.
I.
AHWAL MUSLIMIN
Keadaan
ummat Islam sekarang ini memang hina dan berada dibawah tangan-tangan kekuasaan
musuh Islam. Ummat Islam sebagai umat yang baik dan mulia ternyata tidak nampak
kemuliannya ditengah manusia lain, bahkan nampak semakin terpuruk sebagaai buah
kejahiliyahan yang semakin merajalela saat ini. Kondisi kaum muslimin hari ini
mempunyai kelemahan-kelemahan diantaranya adalah aqidah, tarbiyah, tsaqafah,
da’wah, pengorganisasian/tanzim, akhlak. Keadaan ini berlaku disebahagian
muslim tersebut nampak tidak mengamalkan ibadah wajib seperti shalat,
berpakaian muslimah, zakat dan berpuasa. Keadaan demikian harus diperbaiki
dengan menyediakan da’wah harakiyah yang
integral dan bersifat rabbaniyah, minhajiyah, marhaliyah dan aulawiyah serta
sesuai dengan realitas dan seimbang.
Penjelasan Rasmul Bayan
A. Kelemahan kaum muslimin
Berbagai kelemahan
muslim pada saat ini yang merupakan kelemahan utama dan prinsip adalah
kelemahan aqidah dikalangan muslim. Aqidah
muslim pada sebagian muslim telah tercemar dengan berbagai kepercayaan yang
merusak aqidah sebenarnya. Kepercayaan kepada nenek moyang dengan mengamalkan
amalan kepercayaan tradisi jahiliyah yang diwarnai oleh animisme dan dinamisme.
Sebagian kepercayaan tersebut dipengaruhi oleh Hindu. Aqidah Islam juga di
cemari oleh faham tareqat yang sesat dan kepercayaan syiah yang bertentangan
dengan aqidah ahlus sunah wal jamaah.
Aqidah yang di bawa oleh umat Islam tidak lagi tertanam secara baik di dada
kaum muslimin, mereka mencampuri dengan kepercayaan kebendaan, keduniaan dan
sebagainya yang menjelaskan aqidahnya kepada Allah SWT.
1. Tarbiyah dikalangan ummat Islam masih sangat sedikit.
Secara formal melalui sekolah-sekolah yang hanya beberapa jam saja. Sedangkan
sekolah Islam sedikit. Keadaan ini masih kurang bila dibandingkan dengan
kebutuhan saat ini. Sekolah Islam pun tidak semuanya dapat menyajikan Islam dan
tarbiyah yang baik sehingga dapat merubah pribadi pelajar dan gurunya.
Perlaksanaan tarbiyah secara informal juga belum banyak dilaksanakan dengan
cukup memuaskan.
2. Tsaqafah Islamiyah dikalangan muslim juga kurang seiring
dengan kurang efektifnya peranan tarbiyah dan sekolah-sekolah yang
diselenggarakan oleh umat Islam. Tsaqafah ini berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan wawasan ynag bersifat Islam atau umum. Kemampuan ini belum banyak dimiliki
oleh muslim. Sebahagian menguasai tsaqafah Islam tetapi dalam masalah umum
kurang menguasai (misalnya politik, ekonomi, kemasyarakan), begitupun
sebaliknya kurang di dapati muslim yang mempunyai pemnguasaan bidang umum dan
memiliki tsaqafah Islamiyah. Muslim yang mempunyai ilmu dan tsaqafah tidaklah
banyak, dan masih kecil prosentasenya dibandingkan dengan jumlah muslim dan
kebutuhan yang ada. Sebagian muslim yang mempunyai tsaqafah ini kurang sesuai
dengan pemahaman aqidah Islamiyah, kurang merujuk kepada minhaj yang asal yaitu
Al Qur’an dan sunnah. Masih banyak merujuk kepada nilai Barat yang bertentangan
dengan Islam. Juga ada tsaqafah yang di suburkan oleh kepercayaan jahiliyah
seperti ashabiyah, nasionalisme, sekuler, kapitalisme dan komunisme.
3. Da’wah Islam pun nampaknya terkena gangguan. Banyak yang hidup segan dan mati tak
mau. Da’wah sebagian ummat yang berjalan pun mungkin perlu dipertanyakan ghayah
(sasaran akhir) yang akan dituju dan cara (langkah) yang dilakukannya. Hasil
da’wah sekarang ini belum dapat di banggakan bahkan keadaan sekarang ini
menunjukkan bahawa da’wah tidak berjalan karena tidak nampak bertambahnya
pengikut atau pengikut yang ada pun semakin berkurangan. Da’wah Islam tidak
berkesan karena sebahagian sudah hilang tujuan akhir yang sebenarnya kerana
sudah terpengaruh oleh berbagai pendekatan yang kurang Islamiyah. Da’wah kurang
berkesan disebabakan menjadikan da’wah sebagai organisasi kekauman atau
kumpulan elite atau pun perkumpulan yang tidak berdasarkan kepada nilai-nilai
Islam. Da’wah yang tidak berjalan adalah satu masalah sendiri yang sedang
berjalanpun perlu dilihat bagaimana keadaan yang sebenarnya adakah sesuai
dengan minhaj atau tidak. Mereka yang tidak berda’wah juga merupakan masalah
besar kerana mereka dijadikan sebagai mangsa yang sangat senang di makan oleh
pihak musuh.
4.
Tanzim atau organisasi yang di kendalikan oleh
Islam perlu dipertanyakan sejauuh mana mereka mengamalkan Islam dalam dalam
tanzimnya. Tanzim dapat dibagi-bagi kepada tanzim berupa jamaah yang komitmen
pesertanya melalui bai’ah, organisasi Islam yang terbuka dengan menjalankan
beberapa keperluan dan aktiviti Islam secara terbuka, atau organisasi Islam
yang berwarna syarikat, pertubuhan, NGO dan yang lainnya. Bagaimanapun
tanzin ini perlu dilihat semula kerana keadaan ini mungkin juga sama dengan
keadaan umat Islam yang sedang sakit. Apabila pengendali sedang sakit maka ada
kemungkianan yang di bawanya pun menjadi sakit.
Akhlak sebagai cermin
muslim sudah di cemari oleh berbagai akhlak jahiliyah yang dilandasi oleh
budaya dan gaya hidup masyarakat jahiliyah. Banyak didapati muslim yang secara
statusnya masih sebagai muslim tetapi tidak mencerminkan lagi akhlak Islam yang
susah di bezakan dengan mereka yang bukan muslim. Akhlak remaja sangat kentara
merupakan wujud yang salah. Akhlak muslim tidak mewarnai diri muslim secara
keseluruhan. Muslim lupa kepada akhlak sebenar yang mesti dimiliki. Keadaan
demikian tidaklah mustahil mengingat ghazwul fikri yang sangat kuat dan
hizbusyetan menguasai dunia saat ini.
B. Perbaikan
dengan mewujudkan da’wah harakiah syaamilah
Realiti yang ada sekarang ini
memerlukan suatu harakah inkaz(gerakan penyelamatan) untuk merubah keadaan umat
Islam menjadi lebih baik dan terlepas dari segala penyakit yang membawa kita
kepada kematian. Da’wah dan harakah yang mempunyai harapan kejayaan mesti
mempunyai beberapa cirri-ciri yang dipenuhi diantaranya adalah raabaniyah,
minhajiyah, marhaliyah dan ulawiyah serta sesuai dengan reality dan seimbang.
1. Raabaniyah di dalam
Al Qur’an mempunyai cirri pribadi yang senantiasa mengajarkan Islam dan juga
mempelajari nilai Islam. Selain itu cirri rabbani adalah mereka yang tidak
merasa duka cita, hina dan lemah di dalam menjalankan da’wah IslamHarakah dan
da’wah Islam yang rabani mesti mempunyai ahli dan system yang demikian .
Ahlinya tidak diam begitu saja tetapi ia bergerak dan
senantiasa,berda’wah,dalam menjalankan da’wahnya mereka tidak putus asa tetapi
berterusan dan selalu berjalan dengan komitmen yang kuat dan kukuh.
2. Da’wah Islam mesti
mengikuti minhaj yang benar dengan kesedaran yang jelas dan bersih.. Minhaj
dengan basirah ini tentunya merujuk kepada Al qur’an dan sunah serta merujuk
kepada sirah nabawiyah. Kemudian dari panduan ini kita mempertimbangkan keadaan
tempatan seperti situasi, kondisi, keadaan, peristiwa dan sikap yang muncul
sehingga muncul fiqhud da’wah yang dapat dijalankan di tempat tertentu. Minhaj
yang jelas akan membawa ke jalan yang jelas dan juga akan membawa kita kepada
tujuan yang benar sehingga Allah meredhainya.
3. Da’wah dan
harakiyah mesti mengikuti marhalah
sesuai dengan marhalah kesediaan, penerimaan, pengetahuan, kemampuan dan
penguasaan mad’u atau aktivis harakah tersebut. Dengan marhalah ini maka da’wah
dapat berjalan dengan baik dan berkesan. Ahli yang membawa da’wah akan
mengalami ketenangan tanpa paksaan dan sesuai dengan kemampuan atau marhalah
yang ada pada dirinya. Marhalah ini diperlukan di dalam da’wah dan harakah
karena nabi SAW mengamalkan dan menyebarkan da’wah mengikuti dan memperhatikan
marhalah ini. Misalnya da’wah pada marhalah tabligh yang mengajak kepada
manusia secara umum, kemudian diteruskan kepada da’wah secara taklim dengan
suasana pengajaran, kemudian diteruskan kpada da’wah marhalah takwin yang lebih
kepada latihan dan pembntukan, kemudian ditingkatkan kepada marhalah tanzim dan
tanfiz.
4. Da’wah dan harakah
juga memperhatikan keutamaan dari kerja-kerja yang akan dilakukan. Perlu
memfokus kepada suatu isu dan aktiviti yang dapat memberikan sumbangn kepada
ummat Islam sehingga da’wah dapat tampil ditengah masyarakat dengan kehadiran
yang dialu-alukan. Misalnya keutamaan tarbiyah adalah suatu keutamaan bagi
mana-mana da’wah dan harakah karena tanpa tarbiyah ini tidak akan dapat
meneruskan da’wah. Tarbiyah akan menciptakan kader dan generasi penerus da’wah
itu sendiri. Keutamaan lainnya yang menjadikan keutamaan adalah melihat isu
semasa dan mencari jalan keluar yang dapat mengembangkan pengaruh ditengah
masyarakat misalnya tampil da’wah dalam mengatasi kemiskinan, pengangguran,
khidmat perubatan dan pendidikan yang membawa kearah kejayaan.
5.
Da’wah yang sesuai dengan reality ini merupakan
sunnah dan minhaj da’wah Islamiyah. Da’wah mesti membumi dimana ia berpijak
jangan melangit sehingga tidak dapat diamalkan di dalam kehidupan sehari-hari
mad’u. Keadaan yang mempertimbangkan reality ini secara berkesan di contohkan
oleh nabi di dalam berda’wah di Mekah ataupun Madinah. Jahiliyah dimasa itu
yang sangat kuat memungkinkan untuk menghancurkan Islam secar cepat tetapi
da’wah Nabi secra bertahap dan pasti memulainya dengan sir dan kemudian cepat
mempersiapkan keadaan di Madinah. Da’wah secara kotroversial adalah pendekatan
yang dibawa oleh Nabi sebagai pendekatan hasil pembacaannya diatas reliti yang
ada di persekitaran. Banyak
lagi contoh lainnya yang dijadikan pelajaran oleh umat Islam saat ini.
Da’wah yang seimbang
bermaksud da’wah yang memperhatikan semua keperluan al akh dan Islam secara
keseluruhan dan memenuhinya secara seimbang. Aktivis juga menghendaki keperluan
pribadi dan keluarganya terpenuhi maka da’wah perlu memberikan peluang kepada
aktivis ini memelihara dan menjaga keperluannya. Pelajar memerlukan waktu
belajar dan mesti mendapatkan markah yang tinggi, ia pun perlu bertemu dengan
ibu bapak di kampumg. Keperluan di dalam menjalankan da’wah seperti keperluan
ruhiyah, aqliyah dan amaliyah. Keseimbangan ini sesuai dengan prinsip
keseimbangan yang Allah terapkan kepada mahlukNya. Dengan seimbang ini maka
setiap aktivis merasakan senang dan bahagia.
Dalil
3:79;…. Hendaklah kamu menjadi rabbani yang kamu mengajarkan kitab dan
kamu membacanya.
مَا كَانَ لِبَشَرٍ اَنْ يُّؤْتِيَهُ
اللّٰهُ الْكِتٰبَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُوْلَ لِلنَّاسِ كُوْنُوْا
عِبَادًا لِّيْ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ وَلٰكِنْ كُوْنُوْا رَبَّانِيّٖنَ بِمَا
كُنْتُمْ تُعَلِّمُوْنَ الْكِتٰبَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُوْنَ ۙ ٧٩
79. Tidak sepatutnya
seseorang diberi Alkitab, hukum, dan kenabian oleh Allah, kemudian dia berkata
kepada manusia, “Jadilah kamu para penyembahku, bukan (penyembah) Allah,”
tetapi (hendaknya dia berkata), “Jadilah kamu para pengabdi Allah karena kamu
selalu mengajarkan kitab dan mempelajarinya!”
3:146; Beberapa banyaknya
nabi yang berperang bersama orang rabbani. Mereka iti tidak pengecut, kerana
bahaya yang menimpa mereka pada jalan Allah dan tiada Iemah dan tiada pula
tunduk dan Allah mengasihi orang-orang yang sabar.
وَكَاَيِّنْ مِّنْ نَّبِيٍّ قٰتَلَۙ مَعَهٗ رِبِّيُّوْنَ
كَثِيْرٌۚ فَمَا وَهَنُوْا لِمَآ اَصَابَهُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ وَمَا
ضَعُفُوْا وَمَا اسْتَكَانُوْا ۗ وَاللّٰهُ يُحِبُّ الصّٰبِرِيْنَ ١٤٦
146. Dan berapa banyaknya
nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang
bertakwa. mereka tidak menjadi lemah Karena bencana yang menimpa mereka di
jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah
menyukai orang-orang yang sabar.
12:108; Katakanlah: Inilah
jalanku, aku seru kepada Allah, aku atas keterangan yang jelas (minhaj yang
jelas) dan orang yang mengikuti aku. Mahasuci Allah dan bukanlah aku termasuk
orang-orang yang mempersekutukannya.
قُلْ
هٰذِهٖ سَبِيْلِيْٓ اَدْعُوْٓا اِلَى اللّٰهِ ۗعَلٰى بَصِيْرَةٍ اَنَا۠ وَمَنِ
اتَّبَعَنِيْ ۗوَسُبْحٰنَ اللّٰهِ وَمَآ اَنَا۠ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ ١٠٨
108. Katakanlah:
"Inilah jalan (agama) ku, Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak
(kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan Aku tiada
termasuk orang-orang yang musyrik".
Ringkasan
Kondisi kaum muslimin hari ini dilihat dari kelemahan-kelemahan kaum
muslimin yaitu: aqidah, tarbiyah, tsaqafah, da’wah, pengorganisasian akhlak
harus diperbaiki dengan: da’wah harakyah yang integral: bersifat rabaniyah,
minhajiyah, marhaliyah, ulawiyah sesuai dengan reality, seimbang.
AMRUD UMMAH FI DA’WAH
Sinopsis
Keadaan umat di dalam da’wah Islamiyah menunjukan sesuatu yang kurang
menggembirakan. Perkara ini dibuktikan dengan banyaknya umat yang mengalami
kekosongan jiwa dan kehilangan pegangan hidup sehingga menampilkan da’wah yang
dibawanya ssesuatu yang tidak efektif. Pengenalan kepada penyakit yang
menjangkit umat di dalm dida’wah bermaksud agar dapat menyedarkan kita kepada
keadaan yang sebenarnya dan memerlukan kita untuk memakan ubat walaupun pahit
dan tidak sedap agar da’wah dapat berjalan dengan baik. Penyakit ummat di dalam
berda’wahsecara dasarnya disebabkan oleh penyakit peribadi da’i yaitu da’wah
bersendirian (infiradiyah). Infiradiyah ini dibahagikan kepada maknawiyah(mental) seperti keadaan
emosi, da’wah yang berorientasi kepada tokoh, da’i merasa hebat dan banyak
pengagum, mempunyai kecenderungan merendahkan orang lain. Infiradi juga dilihat
dari segi aktiviti, diantaranya penyakit yang munkinmenjangkit aktiviti ini
adalah da’wah yang asal-asalan dan tidak beraturan, da’wah dilakukan secata
parsial tidak menyeluruh, da’wah yang sebahagian, tradisional dan tambal sulam.
Keadaan pribadi aktivis da’wah prlu diubati dengan menjalankan amal
jama’i. Amal jama’I ini menumbuhkan kesedaran yang bersumber dari pengetahuan,
berorientasi yang Islami, peribadi yang rendah hati, bersifat adil adil,
berfikiran dan berwawasan yang menyeluruh, menggunakan pendekatan dan wasail
yang modern, mempunyai konsep dan berorientasi kepada minhaj untuk merubah
secara total.
Hasyiah
Penyakit ummat
Syarah
Penyakit ummat di dalam berda’wah setelah diagnosis di dapati banyak
yang berda’wah secara bersendirian tidak berjamaah dan bersama-sama. Senang dan
seronok da’wah bersendiri yang di jalankan oleh sebagaian dai dan usztad
hanyalah bersifat sementara. Mereka akan menyedaari setelah da’wah yang
dilaksanakan dengan ikhlas ini tidak membawa banyak hasil, diantaranya adalah
da’wah yang dilaksanakan dengan ikhlas ini tidak membawa banyak hasil,
diantaranya adalah da’wah amal jamai dan tarbiyah nuqbawiyah. Da’wah tablig
adalah da’wah yang sering dilakukan ustadz seperti da’wah di surau, masjid,
perairan dan ceramah-ceramah umum. Wujud infiradiyah ini sebagai masalah utama
di kalangan dai yang berda’wah.
Infiradiyah
Syarah
Infiradiyah yaitu
bersendirian. Selain tidak akan munculnyada’wah yang besar dengan menyelesaikan
da’wah yang besar, da’wah dengan gaya bersendirian ini akan memunculkan suasana
perpecahan di kalangan ummat khususnya diantara dai yang membawa fikrah berbeda
dan pendekatan berlainan. Da’wah Nabi SAW mengajarkan kepada kita agar
bersama-sama. Sunnahnya bersama-sama ini adalah sesuai dengan keadaan alam dan
manusia yang diciptakan Allah. Mahlik pun dalam menjalankan aktivitasnya selalu bersama-sama. Mereka tidak
akan pernah lepas dari kebersamaan. Sunnatullah yang mengajarkan demikian
mestilah menjalankan da’wah secara bersama. Selain permasalahan da’wah
infiradiyah ini disebabkan oleh maknawinya juga oleh aktiviti yang diamalkan
Secara maknawiyah
Syarah
· Peribadi dai yang
infiradiyah cenderung mempunyai sifat yang emosional dan tidak bertanggung
jawab, mereka cenderung berda’wah mengikuti emosi dan kurang dapat menerima
keadaan sebenarnya sehingga da’wah yang tidak berdasarkan rancangan dan
tanggung jawab yang benar akan mewarnai da’wah infiradiyah.
· Peribadi infiradi
cenderung bekerja sendiri dan mereka mempunyai kecenderungan untuk dikenal oleh
masyarakat. Dengan pendekatan ketokohan dan kehebatan yang dimilikinya untuk
dimilikinya mereka merasa puas dan cukup untuk mengamalkan da’wah tablig yang di
sokong oleh banyak pengikut umum.
· Mengkultuskan dai
yang infiradi sulit ditengah mengingat keadaan ini didasari oleh emosi dan
perasaan yang kemudian wujud kharisma secara pribadi. Keadaan ini bukan wujud
kerana amal atau program tetapi lebih peribadi yang membawa da’wah.
· Perasaan diri hebat
juga keadaan maknawiyah dai yang cenderung infiradiyah. Kehebatan ini
disebabkan kerana kerjanya sendiri dan tidak ada yang mencuba menasehati
apabibila mengalami kesalahan dan tidak ada yang menegurnya. Hebat dengan
ukuran banyak njemputan dkawak dan banyak orang yang mendengarkan ceramahnya
adalah standard yang berorientasikan kepada duniawi dan lebih kepada pengaruh
jahiliyah. Standard ini juga yang dugunakan oleh iblis ketika enggan tunduk
kepada Nabi Adam AS.
·
Meremehkan orang lain juga suatu akibat dari
perasaan hebat dan merasa dirinya baik dan pandai.Keadaan ini yang memungkinkan
peribadi dai menjadikan meremehkan orang lain dan merendahkan kemampuan yang
ada di antara dai. Dialah seorang yang hebat dan yang lain kurang apabila
dibandingkan dengan kepakaran menyampaikan da’wah.
Secara amaliyah
Syarah
- Dai yang infiradi cenderung da’wah
yang dilakukannya secara sembarangan tidak mengikuti cara dan tidak
mengikuti msistem kecuali system yang dibuatnya sndiri dan juga bergantung
kepada peribadi. Bahaya infiradi dalam berda’wah adalah da’wah yang
tidak jelas kemana akan di bawadan kemana orientasi serta natiujah yang
dicapai. Da’wah secara infiradi yang penting berda’wah dan masyarakat
senang kemudian memanggilnya kembali pada saat berikutnya.
- Da’wah
secara parsial yaitu da’wah sebahagian dan tidak sempurna yang juga
merupakan akibat dari da’wah infiradiyah. Kemampuannya terbatas kerana
tidak bersama-sama sehingga da’wah hanya disampaikan yang sesuai
kemampuannya sedangkan da’wah itu sendiri bersifat luas dan integral yang
tidak mungkin dikerjakan secara bersendirian. Kelemahan peribadi kerana
infiradi ini memungkinkan peribadi dai menjadi letih kerana kerja sendiri.
- Pendekatan
yang tradisioanal biasanya dibawa oleh dai infiradi. Alasan yang perlu
dikemukakan kerana dai tradisional yang meluli pendekatan kitab kuning
biasanya tidak mengenal da’wah beramal jamai. Ilmu yang diperolehnya
adalah bagaimana ilmu itu di kembangkan kepada orang lain. Mereka kurang
memahami bagaimana da’wah secara bersama. Da’wah tradisional biasnya
berorientasikan kepada buku dan kemudian disyarahkan tanpa melihat keadaan
sekitar atau isu-isu semasa.
- Da’wah tambal sulam adalah da’wah yang melakukan
pendekatan tidak sempurna dan tidak mempunyai minhaj sehingga da’wah ini
hanya berorientasikan kepada perminyaan mad’u dan mengikuti kemahuan
pelanggan. Selian itu da’wah tambal sulam ini berjalan mengikuti persoalan
semasa yang di buat oleh orang lain, sedangkan kesibukan da’wah kita ini
menjadikan kita lupa kemana daakwah kita yang sebenarnya dan bagaimana
da’wah berjalan.
Obat (ilaj)
Syarah
·
Ubat keatas penyakit da’wah
infiradi ini adalah da’wah dengan cara beramal jamai. Beramal jamai memerlukan
indivivu tersebut mempunyai kesadaran yang bersumber kepada pengetahuan ;
berorientasikan kepada Islamiyah bukan jahiliyah infiradiyah; mesti menjadi
peribadi yang rendah hati sebagai bekal neramal jamai;bersikap adil kerana
nantinya akan bekerja sma dan merasakan kesusahan dan kebahagiaan bersama;
da’wah yang perlu dibawa mesti menyeluruh tidak sebagian dan membagikan tugasa
ini secara bersama untuk mencapai tujuan bersama; pendekatan yang moden tidak
tradisional yaitu dengan menggunakan berbagai fasiliti dan wasilah seperti
komputer atau pendekatan yang menarik; da’wah yang di bawa mempunyai konsep
yang canggih dalam menjawab permasalahan ummat masa kini dan minhaj yang
berorientasi kepada perubahan dan pembentukan ummat.
Amal jamai
Syarah
·
Amal jamai ini merupakan
sunnahnya mahluk hidup terhadap perlaksanaan aktiviti kehidupan untuk
meneruskan kehidupannya secara sempurna sebagai mahluk. Tanpa amal jamai, maka masalah tidak akan
diselesaikan dan da’wah semakin terbantut. Keadaan yang membawa kepada da’wah
amal jamai mesti menjalnkan prinsip-prinsip Islam dengan dai atau ahli yang
mempunyai berbagai kesamaan aqidah, fikrah dan amal. Sunatullah beramal jamai
ini dapat dilihat bagaimana semut beramal jamai, burung-burung yang hidup
bersamaa, pookok dan juga lam semesta dengan usrah bumi, bulan, mars, matahari
dan beberapa planet lainnya seperti Pluto senantiasa berjamaah dan beramal
jamai dengan pusingan yang saling berkaitan dan taawum diantaranya. Dalam
keadaan ini matahari sebagai masul yang bertanggung jawab dan planet ynag
menjadi pusat bagi planet di sekitarnya.
Ringkasan
· Penyakit ummat pangkalnya adaah: infiradiyah: 1. Secara
maknawiyah(mentl): emosional, berorientasi tookoh, merasa hebat, merendahkan
orang lain. 2. Secara aktivi:
asal-asalan, parsial, sebahagian-sebahagian, tradisional, tambal sulam.
·
Diobati oleh amal jamai dengan: kesedaran yang
bersumber dari pengetahuan, brorientasi Islami, rendah hati, adil, menyeluruh. Modern,
konsep dan minhaji merubah secara total.
Sasaran
1. Memahami permasalahan
umat Islam yang dihadapi seorang dai dan dapat menyebutkan penyebab
2. Memahami bahawa
tarkiz dari penyelesaian permasalahan tersebut adalah membentuk syakhsiyah
Islamiyah dan umat Islam
3.
Menyedari peranan sikap komitmen terhadap akhlak
dan tsaqafah Islamiyah dalam membentuk syakhsiyah Islamiyah mutakamilah
Sinopsis
- Setelah perbincangan masalah umat di
dalam da’wah yang memfokuskan infiradi sebagai bahagian penting dan isu
utama di dalam keadaan da’wah saat ini. Persoalan da’wah yang berlaku
secara umumnya da[at dibahagikan kepada persoalan yang senantiasa ada pada
manusia dan mungkin berterusan ada kerana perkara ini tidak mengkin
terlepas dari keadaan da’wah secara umumnya. Beberapa keadaan ini adalah
di sebabkan kerana kejiwaan manusia dengan kecenderungannya, watak,
syahwat dan instink.
- Sedangkan persoalan berikutnya adalah
berkaitan dengan persoalan semasa yang juga bergantung kepada keadaan
tempatan negara Islam tersebut berada seperti persoalan yang di sebabkan
oleh sisa-sisa masa penyelewengan seperti: dengan raja/penguasa dictator,
adanya kebaikan yang berpenyakit, peninggalan para penyeru ke neraka
jahanam, bekas penjajah yang meninggalkan hokum sampai ditinggalkannya
sholat. Perkara-perkara diatas menyebabkan kaum muslimin jahil terhadap
Islam. Persoalan lainnya adalah penyakit-penyakit hasil penjajahan
seperti: wujudnya berbagai lembaga kekufuran, akibat penjajahan yang
akhirnya keterbelakangan iptek, masyarakat Islam yang cara berfikirnya
salah, kejiwaan ummat yang salah seperti rendah diri. Keadaan ini
menyebabkan adanya dominasi musuh-musuh terhadap ummat. Kemudian persoalan
lainnya yang wujud adalah terdapatnya kekuatan yang menantang seperti:
musuh yang menyusn aktivitinya dengan perencanaannya, dengan penyusunannya
dan dengan sarananya yang canggih. Mereka melkukan perang jahiliyah yang
tersusun dengan rapi.Akibatnya ummat Islam seperti buih(hadist) yang
ringan timbangannya dan mengikut arus.
- Jalan keluar
dari masalah yang dihadapi ummat demikian adalah mesti betul-betul
bersedia dan berda’wah secara serius. Beberapa jalan keluarnya adalah
muslim mesti memiliki ilmu pengetahuan, melaksanakan pembinaan/tarbiyah
dan juga jihad. Penumpuan jihad hendaknya membangun syakhsiyah
Islamiyah.
Hasyiah
Persoalan ummah
Syarah
·
Persoalan ummah disebabkan
kerana da’wah yang tidak berjalan atau kurang berkesan. Da’wah dan jihad ini
adalah sebagai penyokong dan atap bagi akhlak dan ibadah yang akan di bangun
secara baik sehingga rumah Islam ini dapat di bangun secara baik Tanpa da’wah maka permasalahan akan
bermunculan secara bertahap dan kemudian memuncak keatas diri ummat Islam.
Masalah ummat kerana da’wah tidak berkesan tidak di sebabkan oleh permasalah
pembawa da’wah itu sendiri yang senantiasa ada mengiringi da’wah dan persoalan
yang di sebabkan oleh keadaan semasa sebagai respon dan kesan keadaan
sebelumnya dan keadaan akan dating.
Persoalan yang
senantiasa ada
Syarah
·
Persoalan yang selalu
muncul adalah persoalan mengnai manusia, persoalan ini selalu ada selama
manusia ini tetap hidup dan bersama da’wah. Dari zaman Nabi Adam hingga
sekarang, keadaan manusia adalah isu permasalahan utama yang tidak pernah habis
dan tak kunjung padam.Masalah yang perlu dihadapi adalah bagaimana kita
menghadapi keadaan manusia ini dengan baik dan dapat mengatasi pernasalahan
sebagai sarana meningkatkan keupayaan dan ketahan diri. Beberapa persoalan
manusia ini adalah masalah kejiwaan manusia yang unik dan mudah berubah
mengikuti keadaan dan suasana, kecenderungan peribadi ke arah tertentu, masalah
watak yang beragam, pengaruh syahwat dan keadaan instink manusia.
Persoalan
kontemporer
Syarah
·
Keadaan semasa yang
merupakan masalah yang ada pada reality saat ini berdasarkan kepada
persoalan-persoalan sebelumnya seperti akibat dari sisa masa penyelewengan,
penyakit dari penjajah dan adanya kekuatan yang menantang. Dari permasalahn ini
akan mewarnai bagaimana keadaan dan masalah ummat sekarng ini. Pertimbangn
kepada isu semasa ini merupakan suatu yang penting bagi menjalankan da’wah yang
benar dan baik di tengah kancah perjuangan yang banyak dipengaruhi banyak
factor.
Sisa masa penyelewengan
Syarah
·
Sebahagian dari negara dan
masyarakat Islam barulah lepas dari keadaan yang dikuasai oleh dictator yang
kejam dan raja yang tidak menjalankan Islam, juga berbagai keadaan yang muncul
sebelum seperti pengaruh aliran sesat atau da’wah yang membawa kehancuran
seperti da’wah yang berorientasikan kepada jihad senjata, da’wah sebelumnya
yang membawa kesan dan imej yang negatif, dan kekuasaan yang menjadikan muslim
tidak mengerjakan amalan Islam termasuk sholat.
·
Persoalan manusia yang
selalu menyertai da’wah ini dan persoalan semasa akan menjadikan ummat bodoh
kepada Islam.
Penyakit akibat penjajahan
Syarah
·
Penyakit yang juga diambil
kira sebagai sebab munculnya suatu kekalahan dan kehancuran Islam adalah
berbagai lembaga-lembaga kekufuran seperti mahkamah, hokum jahiliyah, system
pentadbiran dan juga berbagai aturan yang dilembagakan seperti industrial court;
penjajah juga meninggalkan keterbelakangan ilmu pengetahuan dan tehnologi yang
sengaja diciptakan oleh penjajah sehingga menjadikan umat semakin bodoh;
penjajah juga menjadikan ummatsalah berfikir atau mempunyai pemikiran yang
tidak betul dan kejiwaan yang menyertainya tidak normal seperti rasa rendah
diri dan tidak percaya diri.
·
Keadaan ini menjadikan
ummat Islam di dominasi oleh musuh-musuh Islam.
Kekuatan yang menentang
Syarah
· Kekuatan-kekuatan
yang menentang terhadap da’wah Islam sangat banyak di dalam masyarakat sekuler
saat ini. Kepentingan-kepentingan sekuler merasa tidak terjaga apabila Islam
berjaya.Keinginan hawa nafsu mereka tidak akan tersalurkan dengan tegaknya
da’wah Islam sehingga mereka berusaha mati-matian menentang kekuatan Islam dan
memadamkan da’wah Islam. Kekuatanyang menentang ini dirancang dengan
perencanaannya dan sarana yang bak.Mereka melakukan perang jahiliyah yang
disusun rapi.
·
Akibat kekuatan ini adalah ummat Islam seperti
buih yang ringan timbangannya dan mengikuti arus.
Jalan keluar
Syarah
·
Jalankeluar dari permasalahan ini adalah
masyarakat muslim mesti berilmu sehingga dengan ilmu ini tidak akan terpengaruh
sesat dan umat Islam mempunyai benteng yang kuat.Ilmu yang benar tsaqafah yang
luas perlu dipelihara dan diamalkan dengan menjalankan tarbiyah atau pembinaan.
Kemudian jihad menjadi penegak dan pemeliharaan masalah walaupun demikian jihad
yang dimaksudkan adalah lebih kepada da’wah untuk membangun syaksiyah
Islamiyah.
Ringkasan dalil
·
Persoalan da’wah :1.
Persoalan yang senantiasa ada : kejaiwaan manusia dengan kecenderungan, watak,
syahwat dan instink. 2. Persoaalan semasa:A.sisa-sisa mesa penyelewengan
dengan:Raja/penguasa dictator, kebaikan yang berpenyakit, para penyeru ke
neraka jahanam, ditinggalkannya hukumsampai ditinggalkannya sholat. Dua perkara
diatas menyebabkan kaum muslimin jahil terhadap Islam. B. penyakit penyakit
hasil penjajahan : berbagai lembaga kekufuran, keterbelakangan iptek, cara
berfikir yang salah, kejiwaan yang salah. Hal ini menyebabkan adanya dominasi
musuhh-musuh terhadap ummat. C. Kekuatan yang menantang: dengan perencanaannya,
dengan penyusunannya dan dengan sarananya. Mereka melakukan perang jahiyah yang
tersusun rapi.
·
Akibat ummat Islam seperti
buih(yang ringan timbangannya dan mengikuti arus.
· Jalan keluarnya adalah ilmu pengetahuan, pembinaan/tarbiyah: dan jihad. Penumpuan jihad hendaknya membangun syakhsiyah Islamiyah.

No comments:
Post a Comment